Halaman

Sunday, February 28, 2010

Mesyuarat KESUMA 2010

Bilik Gerakan SMS Muzaffar Syah, 22 hingga 23 Febuari 2010: Satu Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa KESUMA 2010 telah di adakan dan dihadiri oleh Cik Zakiah serta Jurulatih utama KESUMA bertujuan untuk penyelarasan bidang tugas jawatan kuasa yang terlibat. Selain itu mesyuarat ini memberi peluang kepada pihak pengelola KESUMA untuk berkongsi pendapat dan pandangan berhubung pelaksanaan KESUMA 2010.Pihak pengelola beterima kasih di atas kehadiran Cik Zakiah dan Jurulatih Utama KESUMA dalam membantu pihak pengelola

Pertandingan Kain Rentang

Dewan Sultan Muzaffar Syah, 26 febuari 2009 : Sempena sambutan maulidul rasul Satu pertandingan membuat kain rentang telah di anjurkan oelh BADRI. Kain rentang ini bertujuan untuk perarakan pelajar sempena sambutan maulidul rasul 2010.

Wednesday, February 17, 2010

Penutup Minggu Orientasi Tingkatan 1

Tarikh : 23.1.2010
Masa : 8.30 pm hingga 10.30 pm
Majlis penutup minggu orientasi tingkatan 1 pada tahun ini telah menjemput sama ibu bapa untuk menyaksikan persembahan mereka.Tahniah kepada majlis rumah dan semua pelajar tingkatan 5 kerana telah berjaya membimbing pelajar tingkatan 1 dengan jayanya. Diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang

Perlantikan Ketua Kamar

Tarikh: 18.1.2010
Masa : 7.30am hingga 8.50am
Pada minggu tersebut telah diadakan majlis perlantikan Ketua Kamar bagi asrama putera dan puteri. Sijil telah disampaikan oleh GPK Hem. Diharapkan Ketua Kamar dapat menjalankan tugas dengan baik.

Perlantikan Majlis Rumah

Tarikh: 4.1.2010
Masa : 7.30am hingga 8.50 am
Perhimpuan pertama pada tahun 2010 menyaksikan penganugerahan watikah kepada pemimpin pelajar termasuk Majlis Rumah. Majlis telah disempurnakan oleh En Ab.Rahim Bin Ahmad - Ketua Penolong Pengarah Sektor Penguatkuasa dan Inspektorat IPTS, Kementerian Pengajian Tinggi - Bekas pelajar SPM 1980 dan En Meor Hafizan Bin Abdul Ghani - Setiausaha Akhbar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah- Bekas pelajar SPM 1998. Majlis Rumah yang telah dilantik diharapkan dapat menjalankan tugas dengan cemerlang pada tahun 2010

Perjumapaan Mentor Mentee

Tarikh: 12.2.2010
Masa : 11.30am
Satu perjumpaan mentor mentee telah dijalankan bertujuan untuk merapatkan silaturahim di antara mentor dan mentee. Mentor telah mengemas kini maklumat mentee masing-masing dan memberi nasihat kepada mentee untuk bersiap sedia menghadapi ujian pertengahan tahun semester 1 2010.

Pemantauan AAT ke SBPI Selandar

Tarikh: 10.2.2010
Masa : 2.30 pm hingga 5.00pm
Satu lawatan penanda aras Anugerah Asrama Terbilang ke SBPI Selandar telah dijalankan. Bertujuan untuk memperbaiki dan menambahbaik segala aspek yang dipertandingkan di peringkat AAT . Seramai 48 orang pelajar yang terdiri dari ketua rumah, penolong ketua rumah dan ketua kamar telah mnyertai lawatan ini. 4 orang guru yang merupakan warden asrama dan seorang kaunselor turut serta dalam lawatan ini. Pihak Mozac mengucapkan ribuan terima kasih kepada SBPI Selandar kerana sudi menerima lawatan dan memberi layanan yang baik sepanjang tempoh lawatan. Diharapkan pelajar yang terlibat dengan lawatan ini akan dapat memperbaiki kekurangan yang ada di Mozac

Pendaftaran Tingkatan 4

Tarikh : 2.2.2010
Masa : 9.00am hingga 4.00pm
Pendaftaran pelajar tingkatan 4 yang baru. Ajk rumah tingkatan 4 membantu pendaftaran tingkatan yang baru. Pendaftaran berjalan dengan lancar

Tuesday, February 16, 2010

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1



Tarikh : 11.1.2010
Masa : 9.00 am hingga 5.00 pm
Ketua rumah dan penolong ketua rumah sekali lagi membantu pandaftaran asrama pelajar tingkatan 1 2010. pendaftaran berjalan dengan lancar

Monday, February 15, 2010

Perjumpaan Rumah Sukan



Tarikh: 9.1.2010
Masa: 8.00am hingga 10.00am
Perjumpaan rumah sukan kali pertama. Di hadiri oleh penyelaras sistem rumah , ketua-ketua rumah, penolong-penolong ketua rumah dan ajk rumah masing-masing. Setiap rumah berpeluang memperkenalkan majlis tertinggi rumah, visi, misi, lagu rumah, sorak rumah. ketua rumah juga menyarankan ahli rumah menyumbang markah kepada rumah masing-masing. Penyelaras sistem rumah mengambil kesempatan ini untuk memberikan sapatah dua kata dan menerangkan serba sedikit tentang sistem rumah untuk tahun 2010.

Pendaftaran Pelajar 2010




Tarikh : 2.1.2010
Masa : 9.00am hingga 5.00pm
Pendaftaran pelajar asrama 2010 telah di bantu oleh ketua rumah dan penolong ketua rumah. Warden juga turut sama dalam melancarkan proses pendaftaran asrama 2010. secara keseluruhannya pelajar mendaftar pada hari tersebut dan pendaftaran berjalan dengan lancar

Saturday, February 13, 2010

Sistem Rumah


Sistem Rumah Mozac Berada dalam pengurusan Unit Hem, di bawah naungan Tuan Pengetua En Baharuddin Bin Burhan. Peneyelaras Sistem Rumah yang baru En Husaini Bin Zakaria telah dilantik awal tahun ini dan diberi kepercayaan untuk menerajui sistem rumah mozac. Diharapkan semua pihak dapat memberikan kerjasama dalam memperbaiki mutu sistem rumah mozac 2010. Di kesempatan ini pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Saifudin Bin Dolhalit di atas sumbangannya sepanjang tempoh menjadi penyelaras sistem rumah di Mozac.